resepi rendang ayam sedap azie kitchen
Masukkandaging. Kacau sebati. 5. Masukkan kicap dan air rebusan daging. 6. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Kacau sebati. 7. Taburkan cili hijau dan cili merah.
Resepisotong masak lemak cili api azie kitchen. Kat kampung Che nom memang banyak dijual nasi lemak bungkus kecil-kecil untuk sarapan pagi. Haa jangan pulak ada yang nak komen masak lemak cili padi nogori tak guna bawang. Ayam masak kam heong. 5 Resepi Ayam Masak Bawang Paling Sedap.
Apapuncara yang digunakan Resepi rendang daging azie kitchen. Resepi ini dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau Resepi Nasi Kerabu Kelantan by Azlita Masam Manis. Azie Kitchen Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap Healthy Asian Recipes Recipes Asian Recipes Rendang Daging Sedap Giler by Azie
Kisarkansemua bahan kisar sehingga lembut. 2. Panaskan minyak masak, minyak sapi dan Planta dalam rice cooker. 3. Tumiskan buah lawang, buah pelaga dan kayu manis. 4. Masukkan daun pandan. 5. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi.
AroraMat Tentang Azie Kitchen Food Blogger No 1 Malaysia, menyediakan pelbagai resepi Tidak hanya azie kitchen kek batik biskut marie, Anda juga boleh membaca artikel mengenai resepi ayam penyet,. langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat resepi nasi ayam penyet azie kitchen dibawah ni Resepi: Nugget Ayam untuk Diet Atkins
H5 Ffcredit. Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen. Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat. Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan. Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. Rendang Ayam Bahan bahan 2 ekor ayam 1 kg bawang merah - hiris 3 labu bawang putih - hiris 4 inci halia - hiris 4 inci lengkuas - tumbuk 2 inci kunyit hidup - tumbuk 4 batang serai - titik 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 4 kg santan 2 keping asam keping - ikut rasa Garam Gula Daun kunyit - opsyenal Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap Cara cara Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Nota Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.
Bila berada di rumah, kita sebenarnya lagi sibuk dari waktu berada di pejabat. Macam macam urusan yang hendak dibuat. Waktu bekerja dulu, saya punya banyak masa untuk diri sendiri. Saya bertolak pukul pagi dari rumah. Tiba di pejabat, saya menpunyai sedikit masa untuk diri sendiri seperti update blog atau baca komen komen di facebook dsb. Waktu makan tengahari pula, orang lain akan berpusu pusu keluar makan atau keluar ronda ronda di. Jalan Tunku Abdul Rahman Jalan TAR. Tapi saya tidak pernah keluar makan tengahari. Dalam setahun, adalah beberapa kali keluar dengan Husband yang datang ambil saya. Selebihnya saya akan spend masa untuk diri sendiri. Melakukan apa apa aktiviti yang boleh merehatkan minda 1 jam ini kadang kadang saya guna untuk menulis di blog atau update status di instagram saya aziekitchen atau facebook page saya Azie Kitchen Blogger. Sejak dari mula mula bekerja pun, saya tidak keluar waktu makan tengahari. Kalau tak ada apa apa aktiviti di surau, saya akan tidur bila dah bersara, saya jadi sibuk sehingga kadang kadang nak lepak lepak untuk menonton drama Korea pun saya tak sempat. Saya mengambil nap beberapa minit waktu tengahari jika merasa terlalu mengantuk. Jika saya perlu edit video, lagi memakan masa. Saya edit hanya bila saya ada mood. Begitu juga dengan blog. Mesti ada mood baru boleh menulis. Bila dah masuk alam pekerjaan rutin tidak akan berhenti sehingga lah kita mencapai usia persaraan. Menyebut pasal alam pekerjaan, saya sangat bersyukur kerana Juita telah pun mula bekerja bermula 2 Februari 2021. Memulai hari pertama alam pekerjaan secara online kerana masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir 4 Februari dan kini disambung sehingga 18 Februari 2021. Manusia hanya mampu merancang, ingat dulu sebelum dia balik ke Malaysia, kami akan bercuti puas puas tanpa saya atau dia perlu mengambil cuti tahunan. Tapi tidak kesampaian kerana pandemik Covid 19 yang melanda dunia. Ingatkan juga nak bawa dia menbgerjakan umrah, pun tidak kesampaian. Memang boleh pergi selepas ini, tapi bagi mereka yang bekerja, pergi dengan mengambil cuti tahunan yang memang terhad. Walau bagaimana pun ini lah lumrahnya yang perlu dilalui seseorang dalam kehidupan ini. Fasa fasa yang akan ditempuhi oleh setiap insan sehinggalah ke akhirnya. Sedar sedar yang muda dah menjadi tua tanpa kita sedari dek kesibukan dengan rutin harian. OK sekarang kita masuk bab resepi. Hari ini saya ingin kongsikan rendang ayam kampung. Rendang pedas Perak versi Bonda Mertua saya. Nama pun rendang pedas, jadi kena ada rasa pedas, baru lah kick. Saya sediakan rendang ini untuk di makan dengan pulut kuning di SINI. Saya banyak kali menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel bab penyediaan rendang ini. Bolehlah subscribe channel saya untuk melihat video saya yang tak seberapa. Saya sebenarnya seorang yang sangat pantas dalam apa jua tindakan. Pantas bergerak, pantas berfikir. Kadang kadang saya rasa, video ini agak memakan masa. Saya memang tak sabar untuk membuang banyak masa menonton video. Jika mencari resepi, saya lebih sukakan blog di mana saya boleh skip jika tak mahu baca dan terus masuk ke resepi. Itu saya lah. Tak pasti bagaimana dengan anda semua. Rasa macam masa yang sangat berharga, terbazir begitu sahaja. Untuk memasak rendang, saya lebih suka menggunakan santan segar kerana ia akan terbit minyak dengan cantik cuma kali ini tak pasti kerana ianya seperti pekat sangat. Tak pastilah kalau santan ada dicampurkan dengan tepung. Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam KampungBahan bahan1 ½ ekor ayam½ kg santan 4 sudu besar kelapa goreng - digoreng keperangan 2 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris½ sudu besar garam kasar atau secukup rasaBahan kisar2 inci halia - 25 gram1 ½ inci kunyit hidup - 10 gram4 biji bawang besar - 170 gram5 biji bawang merah - 50 gram4 batang serai5 sudu besar cili kering kisar Cara cara;Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita daun kunyit dan kacau rata. Bolehlah tutup api.
7/11/2017 Saya pernah beli Pulut Kuning dan Rendang yang dijual oleh Zarina Zainuddin. Saya kagum melihat kegigihan beliau berniaga pulut kuning demi menyara keluarga. Bila melihat Pulut Kuning yang dijual oleh Zarina Zainuddin, saya menjadi teringin untuk membuatnya. Maklum jika dibeli, harga satu bekas ialah RM15. Jadi lebih jimat jika dibuat sendiri. Kebetulan pula, besan kami datang beraya. Jadi saya memberitahu Nana yang saya ingin memasak pulut kuning dan rendang ayam ketika kami merancang menu yang ingin disediakan. Menu lain lain, Nana dan Juita dengan dibantu oleh Boy yang menyediakan. Boleh klik untuk melihat langkah demi langkah secara bergambar yang saya sediakan di SINI dan SINI. Saya belajar dari kakak ipar saya yang santan perlu masin, supaya bila bergaul dengan pulut, akan menjadi secukup rasa. Mesti masin "pperak", kalau istilah orang Kelantan. Seolah masin yang terlebih masin atau sangat masin lah. Saya mengesyorkan anda mencuba menyediakan sendiri Pulut Kuning kerana kalau dulu dulu, pulut kuning disediakan oleh orang tua tua. Kita tak ambil peduli nak belajar, bila dah tak ada orang tua tua, kitalah yang kena menyediakan sendiri pulut kuning bagi mengekalkan makanan tradisi orang Melayu. Pulut kuning hari ini dimakan dengan dicicah dengan Rendang Ayam. Entah kenapa rendang ayam saya hari ini rasa tersangat win. Mungkin rendang ayam paling sedap tahun 2017. Hahaha kerana saya belum lagi memasak rendang tahun ini. Rendang ayam ini telah dibuat sedikit modifikasi. Tunggukan bila saya update blog untuk resepi dan juga video penyediaannnya. Jom layan resepi yang saya tulis semula di bawah ini dan layan video yang telah saya kongsikan dalam Instagram Azie Kitchen untuk video penyediaan dan juga youtube Azie Kitchen channel di SINI dan untuk video Pulut kuning di SINI. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI. Pulut Kuning Kukus Yang Lembut 500 gram beras pulut susu 1 keping asam keping - untuk menjadikan pulut berkilat 1 sudu besar kunyit serbuk - opsyenal 1 inci kunyit hidup - tumbuk dan tapis air 1 -2 cawan santan pekat - boleh tambah Sedikit minyak masak, jika guna santan kotak - opsyenal Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai. Semasa direndam kacau beberapa kali supaya warna sekata. Boleh juga masuk sedikit minyak masa merendam pulut. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan. Ketika dikukus, kacau sekali sekala supaya ianya masak sekata. Kukuskan selama 20-25 minit atau sehingga masak. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam sehingga santan semua meliputi pulut. Biarkan dalam 5 minit agar santan menyerapkan ke dalam pulut. Setelah itu, kacau dan arung pulut dan santan tadi selama 10-15 minit sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika rasa kurang santan, boleh tambah santan dan kacau lagi hingga sebati. Kacau ketika pulut dan santan masih panas. Jika telah sejuk, kurang menjadi dan pulut mungkin akan menjadi keras. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sekali selama 15-20 minit atau sehingga masak. Boleh tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik. Ada juga yang memasak santan terlebih dahulu, sambil dikacau supaya tidak pecah minyak. Tuang ke atas pulut. Tak perlu dikukus lagi. Ada juga yang memasukkan santan cair dahulu dan kukus kali kedua. Kemudian masukkan pati santan yang dicampur dengan garam dan digaul dengan pulut ketika panas. Pulut siap. Pulut panas akan memasakkan santan. Pulut kuning yang sedap perlu ada rasa masin dan manis yang seimbang. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
4/04/2022 Selamat berpuasa pada semua follower. Ramadhan Kareem. Semalam hari pertama berpuasa saya tidak solat terawih di surau kerana saya masih keletihan dan jet lag. Saya bangun pagi dan melakukan solat terawih sendirian sebelum turun untuk sahur. Mungkin selepas 2 minggu lasak berjalan sana sini, menjadikan saya sangat letih. Dalam penerbangan pun rasa sakit badan dan tak rehat seperti mana penerbangan ke London. Insya Allah hari kedua berpuasa, saya akan cuba menunaikan solat terawih di masjid. Lagi pulak ujian RTK professional yang perlu dilakukan dalam masa 24 jam selepas ketibaan adalah negatif. Jangan pulak kehadiran kita boleh memudaratkan orang lain. Walaupun 48 jam sebelum penerbangan balik, kami telah dikenakan untuk melakukan ujian RTK professional di London. Maklumkan sekarang di London telah adanya variant baru selepas Omicron. Kos untuk test covid yang disyaratkan untuk kemasukan ke Malaysia agak tinggi juga untuk kami berlima, rasanya hampir satu ribu ringgit juga. Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan untuk berkongsi video Rendang Ayam Hijau di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI dan untuk saya kongsikan resipi di blog kesayangan saya ini. Harap selepas membaca, anda sudilah untuk klik iklan yang keluar di blog bagi memberikan sedikit pendapatan buat blogger sepenuh masa seperti saya. Walaupun tidak banyak, cukup untuk memberi motivasi untuk terus update resipi di blog yang kian sendu ini. Maklumlah orang ramai sekarang telah beralih ke Instagram, TikTok dan macam macam lagi platform media social. Tapi saya yakin masih ada follower yang membaca blog layan resipi di bawah ini. Rendang Ayam Hijau Sedap Oleh Azie KitchenBahan A kisar10 biji cili besar hijau10 biji cili api hijau2 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas2 batang serai1 sudu kecil serbuk kunyit Bahan B1 ekor ayam500ml santan segar 2 keping asam keping2 sudu besar kerisik2 helai daun limau purut1 helai daun kunyit - hiris1 KUIB PATI AYAM KNORR 1 cawan minyak masak Cara caraPanaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit ayam. Kacau rata sehingga santan, asam keping dan daun limau purut. Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak dan kering yang disukai. Boleh tutup api.
Alhamdulillah setelah hampir seminggu tak update blog, saya pagi ini diberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk update blog. Kadang kadang datang rasa kurang semangat dan kurang motivasi. Haa kepada follower Azie Kitchen untuk klik follow blog saya. Anda akan mendapat notifikasi bila ada resipi di update ke dalam blog. Juga jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima ini saya kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Ustazah Dato Dr Fatma surah Al Fatihah bersyukur kerana Allah memilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Orang yang memberi ilmu dan mencari ilmu, keduanya akan berada di ada sebab kenapa surah Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat diletak di depan sekali. Banyak nama pada surah Al Fatihah. Dikenali juga sebagai Ummul kitab, mother of the kitab. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan juga menjadi inti sari daripada kandungan Al-Quran itu ini juga turut dinamakan sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. Tak hafal Al Fatihah tak boleh solat. Solat tak sah jika tak baca Al Fatihah. 7 ayat yang berulang ulang dibaca setiap hari. Ianya adalah satu surah terbaik dalam Al kena tahu apa dia Al Quran. Al Quran mengandungi 5 perkara iaitu Tauhid, ibadah, hari kiamat, akhlak dan sejarah. 5 perkara tersebut terkandung dalam 7 ayat dalam surah Al Fatihah. Al Quran boleh jadikan kita ahli syurga atau berkenaan Allah yang Maha Esa, Ibadah yang diperintahkan, bereknaan hari kiamat yang mana hari kemusnahan alam, akhlak menunjukkan cara hidup yang sebenar, sejarah apa telah terjadi pada mereka yang engkar perintah ialah salah satu ayat dari Al Fatihah. Semua benda kita buat, mulakan dengan kalimah Bismillah. Allah ada 99 nama. Nama teragung ialah Allah. Jadi Bismillah. Sesungguhnya Rahmat ku melebihi kemarahan rabbil 'alamin. Ar Rahman Ar Rahim. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masuk Syurga dengan rahmat Allah. Bukan dengan amalan kita. Kalau kita tak ada Rahmat, Allah tak bagi rahmat. Yakin dengan Allah. Kalau saya sakit ya Allah, berilah Rahman dan Rahim pada ku ya Allah. Rahmat Allah sangat besar, Allah bagi kita ada mata, ada telinga. Jadi Bismillah dan segala puji dan segala syukur pada mu ya yaumiddiin hari kiamat. Yang Menguasai hari pembalasan. Hari kiamat iaitu hari kemusnahan alam dan manusia akan dibangkit untuk menghadapi hari pembalasan. Hari di mana ibu lari dari anak, isteri lari dari suami. Iyyaka na'budu waiyyaka nastaiin. Ikrar yakin kebesaran mu Ya Allah. Hanya engkau yang aku sembah dan hanya engkau tempat aku minta pertolongan. Bila perlu sesuatu, contoh di LHDN cuba minta tolong dengan Allah. Kalau kita sakiit, kita bertanya siapa best doktor in gastric. Bukan minta tolong dengan Allah. Kalau abang kita PM sekali pun, kalau Allah tak bagi, tak akan jadi. Percayalah dengan kekuasaan Allah. Yakin dengan Allah. Ihdinashirratal mustaqim. Shiratalladzina an'amta alaihim. Tunjukkan kami jalan yang lurus that bridge dunia dan akhirat. Tunjuk lah kami jalan dan akhlak sebagaimana orang orang yang engkau beri nikmat. Keputusan aku betul dan tindankan aku buat biarlah betul. Ghairil maghduubi alaihim waladhaaliin. Bukan jalan jalan orang jahat yang Engkau murkai dan bukan jalan orang orang yang sesat. Orang Yahudi ada ilmu kerana mereka ada kitab Taurat tapi tak guna dan tak ikut. Tahu benda betul dia buat juga. Bani Nasrani pula adalah orang yang sesat, mereka tak tahu yang mereka sesat tapi mereka ikut kata Yahudi menyebabkan Mariam difitnah dan Nabi Isa dibunuh sebelum diangkat ke langit. Aamiin bukan ayat Al Quran. Orang yang solat berjemaah dan mengucapkan aamiin’ perkenankanlah ketika imam selesai membaca surah al-Fatihah. Malaikat akan memohon Allah memperkenankan dengan berkata Aamiin di langit, maka bertepatan ucapan antara keduanya, maka diampuni dosa yang lalu bagi mereka yang mengucapkan rajin memasak nasi ayam kerana ianya adalah kegemaran anak anak. Kedua kerana senang tak perlu nak sediakan lauk pauk sampingan seperti sayur atau lauk bergoreng atau berkuah. Kira sekali siap, dah lengkap satu hidangan. Kali ini adalah resipi terbaru saya yang ada sedikit kelainan kerana saya menggunakan sedikit minyak bijan semasa menumis. Nasi ayam ala chinese style saya sebelum ini menggunakan lemak ayam tapi kali ini minyak bijan pula. Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di SINI dan di SINI. Selamat mencuba......Nasi Ayam Sedap Wajib CubaOleh Azie KitchenAyam Goreng1 ekor ayam - kgBahan perap1 sudu kecil serbuk 5 rempah½ sudu kecil serbuk lada putih1 sudu besar garam½ sudu besar gulaBahan Siram100 gram gula maltose - 3 - 4 sudu besar 700 ml air1 sudu besar cuka putihPewarna merah - jika sukaCara caraBersihkan ayam dan keringkan dengan tuala dapur. Cucuk dengan garfu supaya mudah serap bahan perap. Nota ayam yang saiz sederhana rata pada ayam dan diurut urut ke seluruh ayam supaya bahan perap semua bahan siram dan masak sehingga mendidih. Letak ayam atas penapis dan siram ayam selama 2 minit sehingga kulit ayam tegang. Gantung selama dua jam sehingga kulit tegang dan kering. Boleh juga tos atas jaring untuk keringkan minyak dalam kuali yang agak lebar. Goreng dengan cara letak ayam atas penapis dan siram minyak panas bertujuan untuk mengelakkan kulit ayam hangus. Siram selama 20 minit atau sehingga ayam masak. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong dan siram dengan sos kicap dan hias dengan daun ketumbar. Nota Saya goreng seketika dalam minyak kerana anak anak tak suka isi ayam yang masih berwarna AyamBahan A3 inci halia cincang - 15 gram1 sudu besar bawang putih cincang - 15 gram/4 ulas4 helai daun pandan2 sudu besar mentega - 50 gram2 sudu besar minyak bijan1000 ml air - 5-6 pot airBahan B450 gram beras - 3 pot1 ½ sudu kecil garamPanaskan minyak dan tumis daun pandan, halia dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan air dan masak hingga mendidih. Tuang bahan ke dalam periuk dan gaul dengan beras. Masak dalam periuk elektrik macam biasa. Nota nisbah 1 pot beras 2 pot air. Nota boleh juga masukkan air siap siap dalam periuk sekali dengan beras. Kemudian tuang bahan tumis. Sambal CiliBahan kisar6 biji cili merah - 100 gram6 ulas bawang putih - 30 gram2 biji bawang merah - 25 gram3 inci halia - 15 gram1 ½ sudu kecil garam2- 4 sudu besar gula - saya guna 49 biji limau kasturi - jus80-100 ml air Kisar semua bahan sehingga halus dan siap. Nota kuantiti gula bergantung pada kepedasan cili. Jika pedas, perlu lebih KicapBahan bahan4 sudu besar kicap manis6 sudu besar kicap masin1 sudu besar kicap pekat2 sudu besar minyak bijan4 btg akar ketumbar250 ml airMasukkan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Sup Nasi AyamBahan bahanLeher dan kepak ayam 3-4 ulas bawang putih - ketukDaun bawang - bahagian putih1-2 inci halia - ketuk½ kiub pati ayam - opsyenalGaram Serbuk lada sulahBahan lainFish ballDaun bawangBawang gorengSatukan semua bahan di dalam periuk yang mengandungi air bersama keropeh sehingga ayam menjadi lembut selama lebih kurang 30 sehingga 40 fish ball, jika suka. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Nota saya tidak guna garam untuk sup ini. Setelah masak, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
resepi rendang ayam sedap azie kitchen